Mereka tiba di situ dengan diiringi anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson diketuai pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Mahafiz Mat Lawi kira-kira pukul 12 tengah hari selepas polis mendapatkan perintah tahanan reman selama tujuh hari daripada Mahkamah Majistret Port Dickson.

Sepasukan anggota forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan turut berada di lokasi itu bagi membantu siasatan tersebut.

Pasukan itu mengambil masa kira-kira satu jam memeriksa rumah berkenaan.

Mereka turut dilihat mengambil beberapa barangan seperti bangku kecil plastik dan tali pinggang tentera yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

Semalam, murid Sekolah Kebangsaan Lukut di sini, Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban selepas tidak sedarkan diri di kediaman keluarga itu dipercayai akibat didera malam kelmarin. - UTUSAN ONLINE