Video oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 petang itu, enam individu termasuk kapten kapal berusia 25 hingga 54 tahun berjaya ditahan ketika leka menjalankan kegiatan menyedut pasir daripada dasar laut.

Turut ditahan seorang lagi lelaki warga Myanmar berusia 24 tahun yang diupah oleh kapten kapal untuk kerja penyelenggaraan.

Pengarah Keselamatan Da­lam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pasukan polis Marin berjaya mengesan kapal korek tersebut hasil risikan yang dibuat.

"Ketika pemeriksaan dilakukan di atas kapal menemukan timbunan pasir hasil daripada kegiatan tersebut dan kapten kapal gagal mengemukakan dokumen atau permit kebenaran mengambil pasir.

"Kapal terbabit didaftar di Republik Togo, Afrika Barat, namun disewa sebuah syarikat tempatan. Secara keseluruhannya, kapal korek dan pasir yang dirampas bernilai RM1.02 juta," katanya dalam sidang akhbar di Markas Operasi Pasukan Polis Marin, di sini hari ini.

Dalam pada itu, tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan (Akta 574) 1976 kerana mencuri. - UTUSAN ONLINE