Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, lelaki berusia 50-an yang mendakwa dirinya Datuk itu ditahan pada pukul 1.30 petang.

Tambahnya, terdahulu lelaki berkenaan dipercayai menganjur satu majlis penganugerahan pingat palsu itu yang dihadiri 200 orang termasuk 95 penerima pingat dan seorang VIP berkenaan di hotel berkenaan.

“Penipuan tersebut disyaki dilakukan dengan cara mengaitkan nama kerabat sebuah negeri.

“Polis merampas lima plak cenderahati, sebuah piala persatuan, 65 kain selempang dan 66 pingat palsu berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Negeri di sini hari ini.

Video oleh JAMLIAH ABDULLAH

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun.

“Polis percaya penerima atau mangsa dipercayai diperdaya oleh sindiket yang mendakwa penganugerah pingat palsu itu memberi keistimewaan kepada penerima untuk mendapatkan tender kerajaan.

“Mangsa terdiri daripada ahli perniagaan dan pesara kerajaan,” katanya.

Tambahnya, mangsa terpaksa membayar sehingga RM5,000 untuk mendapatkan pingat palsu itu. - UTUSAN ONLINE