Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, serbuan itu melibatkan nilai rampasan dadah berjumlah RM32.4 juta.

Pihaknya turut menahan lapan individu berusia antara 27 hingga 58 tahun termasuk seorang wanita dalam serbuan yang bermula pukul 1.30 hingga 7.45 pagi.

“Polis merampas 51,750 pil ekstasi, 227.6 kilogram serbuk ekstasi, 10.51 gram syabu serta 713 kilogram bahan kimia pelbagai jenis,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE