Suspek berusia 42 tahun itu bekerja sebagai polis bantuan sejak 20 tahun lalu, tetapi berkhidmat di kementerian tersebut sejak enam tahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, turut ditahan bersama suspek adalah 10 lagi rakannya berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun.

“Kejadian berlaku pada 12 Disember tahun lalu, apabila mangsa berusia 35 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah diculik sekumpulan lelaki. Kumpulan penculik ini meminta wang tebusan berjumlah RM500,000 bagi membebaskan mangsa.

“Setelah wang tebusan dibayar, mangsa dibebaskan di Bemban, Melaka dan mengalami kecederaan ringan di tubuh badannya.

Hasil siasatan, kita berjaya menahan 29 individu, namun hanya 11 daripadanya dipercayai terlibat dengan kes penculikan tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, kesemua mereka akan dituduh di Mahkamah Shah Alam esok. - UTUSAN ONLINE