Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pelaksanaan sistem pemantauan tersebut terhadap 57 lokap di Lembah Klang sejak setahun lalu banyak mempertingkatkan tahap keselamatan selain mengelakkan dari berlakunya kejadian tidak diingini.

“Jadi kita pohon peruntukan bagi memperluaskan penggunakan Smart lokap di negeri-negeri lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ekspo dan Inovasi Ekonomi Kreatif Kebangsaan (NICE) 2017 di Taman Teknologi Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE