Video berdurasi empat minit itu memaparkan kesemua lelaki berkenaan bergaduh dan menggunakan peralatan di restoran berkenaan termasuk botol minuman keras dan kerusi.

Kejadian dipercayai berlaku awal pagi tadi turut menyebabkan beberapa lelaki yang terlibat mengalami kecederaan dan berdarah pada bahagian kepala dipercayai akibat dipukul dengan botol minuman keras.

Walau bagaimanapun, punca sebenar pergaduhan itu tidak dapat dipastikan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, hingga kini tiada laporan dibuat berkaitan kejadian dan meminta pihak yang terlibat membuat laporan di balai polis berhampiran. - UTUSAN ONLINE

Video media sosial