Walau bagaimanapun, tertuduh yang berusia 48 tahun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Mohammad Khalid. Ab Karim. 

Penjual burger tersebut dituduh merogol dua anaknya yang kini berusia 14 dan 18 tahun di rumah pangsa mereka di Taman Ungku Tun Aminah, di sini antara awal 2013 hingga Ogos lalu. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.  - UTUSAN ONLINE