Mangsa Edward Rishal S Reggie,28, ditemukan maut akibat ditetak oleh kumpulan lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, susulan kejadian itu, seramai tiga lelaki warga tempatan berusia 20 sehingga 31 tahun ditahan.

Ujarnya, turut dirampas iaitu empat buah kenderaan dan tiga bilah parang.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE