Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.40 malam apabila pegawai penguat kuasa MPK sedang menjalankan pemeriksaan di lokasi perniagaan tersebut.

Katanya, setibanya di gerai peniaga terbabit, penguat kuasa meminta lelaki itu mengemukakan lesen perniagaan, namun gagal berbuat demikian.

Video dari MEDIA SOSIAL

“Apabila penguat kuasa MPK ingin menyita barangan niaga seperti bekas minuman, peniaga terbabit bertindak menghalang sebelum berlakunya pergaduhan antara satu sama lain.

“Akibat pergaduhan tersebut, penguat kuasa MPK mengalami kecederaan di bahagian muka. Difahamkan juga gerai berkenaan telah disita sebelum ini pada 3 Jun lalu, namun lelaki terbabit berdegil meneruskan perniagaan tanpa lesen,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap penjawat awam. - UTUSAN ONLINE