Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, menerusi serbuan pukul 1.50 pagi itu, empat warga tempatan dan seorang warganegara Indonesia berusia antara 26 hingga 39 ditahan.

“Kita merampas 15,046 biji pil ekstasi seberat 4.5 kilogram dan dadah jenis syabu seberat 5.08 gram selain turut merampas wang tunai RM1,000.

“Kesemua yang ditangkap direman selama tujuh hari sehingga 26 Oktober ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Johor Bahru Selatan, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE

Video oleh RAJA JAAFAR ALI