Tertuduh, V. Mathiyalagan, 46, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa, R. Rathna kira-kira pukul 12 tengah hari di sebuah rumah beralamat No. 626, Lorong Fairuz 3, Taman Arked dekat sini.

Majistret, Adibah Husna Zainal Abidin menetapkan 10 Ogos depan bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat selain tidak membenarkan tertuduh dijamin.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Negeri, Nurul Faraheen Yahya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan sementara mangsa tidak diwakili peguam.

Akhbar pada 7 Jun lalu melaporkan mangsa maut setelah dua minggu mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dekat sini dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar akibat dibaling dengan botol berisi petrol yang dibakar ketika mencuci ayam di dapur rumahnya.

Menurut laporan itu, siasatan awal polis mendapati suspek yang sudah dua tahun hidup secara gelandangan dipercayai berbuat demikian kerana mangsa enggan tinggal bersamanya. - UTUSAN ONLINE