Tertuduh, Mohd. Zain Ahmad, 63, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah terhadap warga emas terbabit di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat menipu dengan memperdayakan seorang lelaki menyerahkan RM60,000 secara berperingkat-peringkat di Bank Islam Cawangan Kuala Pilah dari 19 Jun hingga 26 Jun 2015.

Mohd. Zain didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sara Afiqah Zulkipli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kes akan disebut semula pada 14 Ogos depan. - UTUSAN ONLINE