Video oleh NUR AISYAH MAZALAN

Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Datuk Dr. Mohammad Ezanni Mat Salleh berkata, suspek terdiri daripada dua pemilik syarikat dan seorang pekerja.

“Tiga individu telah ditahan, melibatkan dua pemilik kilang dan seorang pekerja.

“Kilang terlibat merupakan kilang proses bahan kimia dan sebuah kilang memproses barangan lusuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat satu kilang yang dipercayai terlibat dengan insiden pembuangan bahan kimia itu yang berjarak hanya kira-kira 500 meter daripada lokasi pembuangan. - UTUSAN ONLINE