Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang semalam, pemandu berkenaan didakwa bertindak membuka seluar dan menarik tangan mangsa supaya memegang kemaluannya ketika membawa mangsa dari Lintang Paya Terubong ke Agryll Road di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, ekoran kejadian itu, suspek dipukul oleh 10 lelaki termasuk suami mangsa berdekatan sebuah restoran di Lintang Paya Terubong menyebabkan dia cedera di bahagian kepala, tangan dan kaki kiri.

"Kenderaan suspek turut dirosakkan dalam kejadian itu dan dia dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Anuar, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE