Video MEDIA SOSIAL

Malah, pemandu lelaki berusia 27 tahun itu turut merempuh sebatang pokok sehingga tumbang dalam kejadian pada pukul 1 tengah hari itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pemandu itu dikatakan enggan memberhentikan kende­raan setelah ditahan anggota polis di Plaza Tol Batu 9, Cheras dekat sini.

Menurutnya, pemandu itu meneruskan perjalanan dari Kajang hingga ke USJ1 sebelum melanggar kira-kira 15 kenderaan di bahu jalan sepanjang kawasan pangsapuri di situ.

“Enam pasukan peronda dari Ibu pejabat Polis Daerah Kajang dan dua anggota Unit Rondaan Bermotosikal IPD Subang Jaya mengejar lori terbabit dan terpaksa melepaskan tem­­bakan ke arah tayar supaya pemandu memberhentikan kenderaannya.

“Setelah lori itu tersangkut dan tidak dapat meneruskan perjalanan, pemandunya cuba melarikan diri namun ditangkap oleh orang awam sebelum diserahkan kepada anggota polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Video kejadian tersebut telah tular di media sosial dan jelas kelihatan terdapat bendera parti PKR tergantung pada bahagian hadapan lori berkenaan.