Rayhan Shahid, 45, dari Bogra itu didakwa secara rasuah memberi suapan sebanyak RM3,000 bagi pertuduhan pertama di Coffee House, Hotel Heritage, Jalan Gereja, Tanah Rata, Cameron Highlands pada 13 Mei 2015 kira-kira pukul 11 malam.

Bagi pertuduhan kedua, Rayhan memberi rasuah sebanyak RM2,000 kepada Sanifah di sebuah restoran Strawberry Park Resort, Tanah Rata, Cameron Highlands pada 21 Mei 2015 kira-kira pukul 10.15 malam.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Hakim Mohd. Ghazali Mohamad Taib

membenarkan Rayhan dibebaskan dengan jaminan RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 17 Oktober ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Siti Sarah Zainal Abiddin manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Zakuan Mokhtar. - UTUSAN ONLINE