Difahamkan, kunjungan kali kedua itu bertujuan mengambil beberapa dokumen berkaitan pembelian sebuah lagi hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak.

Sebanyak 12 pegawai penyiasat tiba di perkarangan menara berkenaan kira-kira pukul 10.15 pagi ini.

Mereka kemudiannya menaiki lif menuju ke pejabat FIC bagi meneliti dokumen berkaitan.

Pada 17 Julai lalu, SPRM turut menghantar lapan pegawainya ke pejabat FIC bagi menjalankan siasatan berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang di Kensington. - UTUSAN ONLINE

Video oleh MASZUREEN HADZMAN