Perintah reman terhadap pasangan suami isteri itu yang bermula hari ini dikeluarkan oleh Majistret Khir Nizam Jemari selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, kedua-dua suspek itu tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 9 pagi dengan berbaju lokap SPRM dan bergari.

Kedua-dua suspek itu yang masing-masing berumur 58 tahun dan 49 tahun ditahan di rumah mereka pada pukul 2 petang di Shah Alam, Selangor.

Video oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH

Difahamkan, suspek yang merupakan pengurus kawalan kualiti dan analisis kualiti projek tersebut ketika itu disyaki meminta serta menerima rasuah sebagai upah melantik syarikat sub-kontraktor kepada kontraktor utama bagi menjalankan kerja tersebut.

Pembayaran rasuah itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi suspek dan akaun syarikat isterinya sebagai upah bagi melantik syarikat berkenaan dalam melaksanakan projek tersebut. - UTUSAN ONLINE