Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, sebanyak 75 motosikal dan 90 individu diperiksa sepanjang operasi terbabit.

"Dalam operasi sama, polis juga menangkap tiga suspek kes ragut.

"Dengan penangkapan tiga suspek ini, kami telah menyelesaikan 18 kes ragut melibatkan pelancong asing di sekitar Kuala Lumpur," katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur  di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.