Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya, Datuk Zainal Abidin Kamarudin membenarkan Mohd. Isa dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM150,000 dan dengan dua penjamin.

Terdahulu, Mohd. Isa tiba di mahkamah tersebut kira-kira pukul 9.55 pagi dengan berpakaian lokap SPRM berwarna oren.

Ketibaan Mohd. Isa disambut oleh lebih 100 penyokongnya yang kebanyakannya tiba sejak pukul 8 pagi dari Jempol dan Teluk Kemang, Negeri Sembilan.

Sebelum ini, Mohd. Isa ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM pada 15 Ogos lalu bagi memberi keterangan lanjut berhubung pembelian hotel di London oleh FIC antara tahun 2014 dan 2015.

Susulan penahanan itu, beliau ditahan reman selama lima hari dan tempoh tersebut tamat hari ini. - UTUSAN ONLINE