Ketua Polis negeri, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, barangan yang dilupuskan itu merupakan bahan bukti perbicaraan kes judi siber yang berjaya didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman sejak 11 tahun lalu.

“Jumlah keseluruhan barang kes adalah sebanyak 248 mesin judi permainan simulator dan 645 mesin komputer.

“Anggaran nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM1,654,869,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Pelupusan Barang Kes Perjudian dan Siber Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Negeri Sembilan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri, Nor Hazni Mat Sari dan Pengarah Kualiti Alam Sdn. Bhd., Khalid Bahsoon. - UTUSAN ONLINE