Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden S. Somu berkata, kesemua mesin judi tersebut melibatkan 570 kertas siasatan dari Oktober 2016 hingga Mei tahun ini.

"Pada tahun ini, sebanyak 422 serbuan untuk kegiatan judi haram dibuat melibatkan tangkapan sebanyak 691 orang, rampasan 5,426 mesin judi dan wang tunai sebanyak RM33,863.

"Kebanyakan kes tersebut telah pun dituduh dan bagi kes yang sudah selesai barang rampasan dipohon untuk membuat pelupusan seperti yang kita lakukan hari ini," katanya dalam sidang akhbar sebelum majlis pelupusan mesin perjudian haram di IPD Sungai Buloh di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE