Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Mengamuk isian kad prabayar dicaj RM4

SIBU 14 Mac – Gara-gara berang kredit prabayar dipotong RM4 setiap kali isian, seorang lelaki mengamuk dengan memecahkan barangan di dua buah premis milik sebuah syarikat telekomunikasi, dekat sini semalam.


Video MEDIA SOSIAL

Dalam kejadian itu, suspek yang membawa sebatang kayu golf bertindak ganas dengan memecahkan dinding dan pintu kaca sehingga serpihannya mencederakan seorang pengawal keselamatan selain merosakkan telefon bimbit di meja pameran premis berkenaan.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Saiful Bahari Abdullah berkata, suspek yang be­kerja di sebuah pusat hi­­buran telah mengamuk di premis pertama syarikat telekomunikasi itu pada pukul 1.45 petang.

Katanya, selepas merosakkan premis tersebut, lelaki terbabit memecut kende­raan pacuan roda jenis Toyota Hilux dipandu­nya ke arah sebuah lagi pusat khidmat pelanggan syarikat sama di Jalan Keran­ji dan turut memecah­kan pintu kaca hadapan premis berkenaan.

“Perbuatan ganas suspek telah dirakamkan oleh ka­mera litar tertutup (CCTV) di premis tersebut dan bertindak atas laporan, polis berjaya me­ngesan suspek dan menahannya di tempat kerja­nya pada pukul 5 petang hari sama.

“Siasatan awal, suspek mendakwa bertindak demikian kerana ti­dak berpuas hati dengan sistem pra­­bayar syarikat tersebut yang menyebabkannya kerugian RM4 setiap kali isian,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, suspek berusia 30 tahun itu dikenakan perintah reman selama tiga hari oleh Majistret Saiful Sayoti di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Ke­seksaan kerana kesalahan me­lakukan ugutan jenayah serta perbuatan khianat.

“Jika disabitkan kesalahan, lelaki terbabit boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali,” ujarnya.

Dalam pada itu, pengawal keselamatan yang cedera, Kumbang Empera, 54, memberitahu, insiden tersebut terjadi begitu pantas sehingga dia tidak sempat mengelak serpihan kaca yang terpelanting menyebabkan luka di belakang telinganya.

“Saya mula menyangka lelaki terbabit adalah pelanggan dan cuba membuka pintu untuk menjemputnya masuk tetapi belum sempat berbuat demikian dia sudah mengayunkan kayu golf yang dibawa ke pintu kaca mengakibatkan ia pecah berderai dan serpihannya terkena saya,” jelasnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain