Mangsa kereta lawan arus buat laporan polis
Mohd. Zani Che Din

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Bezza ialah seorang lelaki berusia 26 tahun berasal dari Bukit Rambai, Melaka.

“Kejadian berlaku di Jalan PJU5/10, Petaling Jaya dan siasatan awal mendapati pemandu yang melawan arus di jalan sehala itu berusia 36 tahun dari Taman Tun Dr. Ismail.

“Pemandu yang membawa kereta jenis Mercedes Benz juga telah bertindak melanggar bahagian depan kereta mangsa dengan sengaja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1982. - UTUSAN ONLINE