Turut ditahan dalam tiga serbuan yang dilakukan oleh Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan idi dua buah apartment itu ialah tiga wanita tempatan. 

MAHASISWA BAPAK AYUAM
Polis menahan seorang mahasiswa yang dipercayai menjadi bapa ayam.

Dalam serbuan pertama pada pukul 7.30 malam, penuntut berusia 24 tahun jurusan Ijazah Sarjana Muda Sumber Manusia itu ditahan di hadapan lif tingkat satu apartment di Lorong Minyak Gas di sini. 

Ekoran daripada itu pihak polis menyerbu sebuah unit di tingkat 11 apartment sama dan menahan seorang wanita berusia 36 tahun dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang sedang leka melayan seorang pelanggan.

Susulan itu, polis melakukan serbuan ketiga di Apartment Pelangi Mall, Jalan Post Office Lama di sini dan menahan dua wanita berusia 27 dan 40 tahun masing-masing berasal dari Sarawak serta Melaka.

Pegawai Turus D7 negeri, Asisten Superintendan Mat Zol Ismail berkata, lelaki yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur itu bertindak sebagai bapa ayam yang menguruskan pelanggan yang hendak melanggan pelacur dalam jagaannya.

"Pihak kita merampas sebuah telefon bimbit jenama Iphone 5, segugus kunci apartment serta satu beg mengandungi wang tunai bernilai RM1,900. 

"Selain itu, bersama tiga wanita tersebut kita merampas peralatan untuk hubungan seks iaitu 44 kondom, minyak pelincir, tiga telefon bimbit serta wang tunai RM2,925 dipercayai wang hasil pelacuran," katanya ketika ditemui selepas operasi tersebut di sini malam tadi.

MAHASISWA BAPAK AYAM
 

Mat Zol berkata,  kumpulan ini telah menawarkan perkhidmatan seks melalui aplikasi WeChat di rumah-rumah tumpangan serta hotel di sekitar bandar ini.

"Siasatan juga mendedahkan tiga wanita ini menjalankan aktiviti pelacuran secara bebas atau ‘freelance’. Mereka akan bergerak dari satu negeri ke negeri yang lain bergantung kepada permintaan.

"Mereka akan meminta wang RM300 bagi sekali perkhidmatan. Selepas tawar-menawar melalui WeChat, pelanggan yang bersetuju perlu membayar deposit dahulu sebelum diberikan lokasi pertemuan untuk hubungan seks," ujarnya. - UTUSAN ONLINE