Difahamkan kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang melibatkan lima perompak yang merancang untuk menyamun kedai emas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, empat penjenayah ditembak di tempat kejadian.

ORANG ramai tidak dibenarkan masuk ke dalam sebuah pasar raya di Kuchai Lama, berikutan kejadian rom

ORANG ramai tidak dibenarkan masuk ke dalam sebuah pasar raya di Kuchai Lama, berikutan kejadian rompakan kedai emas menyebabkan lima perompak mati ditembak di Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN ONLINE/ MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI

“Seorang lagi ditembak dalam kenderaan yang dikejar polis kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian manakala seorang lagi berjaya ditangkap,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Fadzil, seorang anggota polis dari bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Selangor cedera akibat terkena tembakan di kaki namun berada dalam keadaan stabil.

Jelasnya, sebanyak dua pucuk pistol, beberapa bilah parang dan sejumlah besar barang kemas dirampas.

Tambahnya, siasatan di tempat kejadian sedang dilakukan. - UTUSAN ONLINE