Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, mangsa yang merupakan pekerja di Bank Negara telah ditendang dari arah belakangnya oleh suspek ketika sedang berjalan di jejantas itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner,Shaharudin Abdullah berkata, satu laporan polis dibuat oleh mangsa berhubung kejadian dan gerakan memburu suspek giat dilakukan.

Ujarnya, lelaki berkenaan merupakan suspek yang sama pernah ditahan tahun lalu atas kesalahan sama dan dikatakan baru sahaja dibebaskan dari penjara Julai lalu. - UTUSAN ONLINE