Video MEDIA SOSIAL

Video MEDIA SOSIAL

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, suspek yang berusia 30 didapati berada dalam keadaan mencurigakan sambil memegang gunting malah suspek juga turut mengacukan gunting tersebut kepada seorang lelaki di kawasan itu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. A. Anbalagan menafikan berita yang tular di media sosial mengenai suspek yang dikatakan telah mencederakan orang awam dalam kejadian tersebut.

"Kes berkenaan ada, namun tidak betul berita di media sosial mengenai orang awam yang dikatakan ditikam suspek.

"Dalam kejadian itu, suspek memegang gunting dalam keadaan meracau dan apabila didekati oleh penduduk suspek bertindak melarikan diri ke hentian bas Persiaran Mayang Pasir di sini," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurutnya suspek kemudiannya ditahan oleh sekumpulan orang awam yang bimbang dengan keselamatan masing-masing kerana tindakan suspek membahayakan keselamatan orang ramai.

"Suspek adalah seorang penganggur, tidak mempunyai rekod pesakit mental dan ujian air kencing suspek negatif dadah," katanya. - UTUSAN ONLINE