Dalam kejadian pukul 1.45 petang itu, suspek bersenjatakan kayu golf bertindak memecahkan pintu kaca dan pelbagai model telefon bimbit di meja pameran premis berkenaan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian menunjukkan, suspek memecahkan dinding dan pintu kaca premis itu sebelum meluru masuk ke dalam untuk merosakkan sejumlah telefon bimbit yang dipamerkan.

Dalam kejadian itu, tiada pelanggan dan pekerja syarikat terbabit dicederakan lelaki berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Saiful Bahari Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan daripada syarikat telekomunikasi terlibat tentang kejadian itu.

“Suspek ditahan pada pukul 5 petang dan siasatan awal mendapati dia bertindak demikian kerana tidak berpuas hati kredit prabayarnya dipotong RM4 setiap hari,” katanya.

Video MEDIA SOSIAL