Tertuduh, Halim Jeri, 48, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas kedua-dua tuduhan itu selepas pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Fitri Sadarudin.

Mengikut pertuduhan pertama, Halim yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik didakwa telah menakutkan secara jenayah terhadap ibunya, Kutom Jali, 67,.

Tertuduh yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), R. Yuvaraj didakwa melakukan kesalahan tersebut di antara pukul 10.45 hingga 11 pagi, 25 Disember lalu di ruman mangsa di Ulu Dedap, Kampung Gajah dekat sini.

Bagi pertuduhan tersebut, Timbalan Pendakwa Raya, Nurfarhana Hashim mengemukan tuduhan itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap wanita itu pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Pertuduhan ini dikemukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mohd. Fitri membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin. - UTUSAN ONLINE