Ini berikutan video mengenai perkara tersebut telah tular, malah dia turut didakwa sebagai pekerja binaan warga asing sebaliknya dia adalah warga tempatan yang bekerja di warung menjual char kue tiau.

Sulaiman Abdullah, 32, berkata, dia sememangnya tinggal di rumah kongsi terbabit dan pulang untuk mengambil pakaian semasa kejadian.

“Namun, saya cuma sempat mengambil beg yang berisi al-Quran dan sejadah kerana berlaku kebakaran sebelum diserang sekumpulan perusuh.

“Kemudian polis membawa saya ke Balai Polis USJ 8 untuk disoal siasat sebelum dibebaskan kerana saya tidak bersalah. Polis kemudian menasihatkan saya untuk membuat laporan polis kerana dipukul,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE