Lokasi penemuan tersebut terletak di kawasan berbukit berdekatan susur keluar Plaza Tol Setul Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas).

Pada Rabu lalu, cebisan tulang dipercayai milik beberapa mangsa ditemukan ditanam di dalam dua lubang di estet Batu 8, Jalan Sungai Gadut, Senawang.

Penemuan itu dibuat selepas polis dipercayai membawa anggota kongsi gelap yang ditahan dalam Ops Khas Hoben 1/2008 baru-baru ini ke kawasan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, polis sedang giat menjalankan siasatan lanjut bagi mengumpul bukti berhubung penemuan semua cebisan tulang berkenaan.

“Kita masih menjalankan siasatan dan berusaha mengumpulkan bukti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau memaklumkan pihak polis akan mengadakan sidang akhbar berhubung kes itu pada Isnin ini. - UTUSAN ONLINE