Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, kumpulan yang dianggotai oleh suspek berusia 21 hingga 35 tahun itu dipercayai telah melakukan sekurang-kurangnya 45 kes samun dan ragut di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Ujarnya, hasil soal siasat mendapati ketua kumpulan itu mampu hidup mewah dengan mempunyai RM217,000 di dalam akaun banknya.

“Selain itu, suspek juga dikatakan mampu membeli tunai kereta Mercedez Benz, Honda Jazz dan sebuah motosikal berkuasa tinggi jenama Ducati Hypermotard.

“Sehubungan itu, lima daripada mereka telah kita bebaskan dengan jaminan manakala enam lagi kita telah serahkan kepada Ibu pejabat Polis Daerah Ampang pada kelmarin dan mereka masih direman sehingga 19 Februari ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Tambah Mazlan, kes ini disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE