Kesemua merrka dikenakan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Semalam, polis negeri menahan seorang lelaki berusia 22 tahun dan seorang wanita berusia 19 tahun pada pukul 2.30 pagi.

Sementara empat yang lain kesemuanya berusia 20-an difahamkan ditahan awal pagi ini.

Permohonan reman dibenarkan Majistret, Noor Aisyah Ahmad.

Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, mangsa, Tan Aik Chai, 44, mati di tempat kejadian selepas ditikam, dilanggar dan digilis kereta BMW 520i dinaiki empat lelaki ketika mengisi angin keretanya di stesen itu bersama-sama wanita warga asing berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini memberitahu, kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan dua kumpulan kongsi gelap. -  UTUSAN ONLINE