Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Jamil Salleh berkata, kerjasama itu melibatkan aktiviti penyeludupan barangan kawalan dan bersubsidi dari negara ini ke Thailand.

Menurutnya, ini merupakan pendekatan terbaharu yang diambil oleh pihaknya dalam mengekang aktiviti tersebut daripada terus berleluasa.

“Kelantan menjadi perintis kepada kerjasama NBOS ini dan kita berhasrat untuk perluaskan ke negeri-negeri lain dalam masa terdekat.

“Kita akan memulakan operasi menerusi kerjasama NBOS ini bermula 22 hingga 24 Mac,” katanya kepada pemberita pada Majlis Tandatangan Prosedur Operasi Standart (SOP) Antara Bahagian Penguatkuasa PPDNKK dan PPM di sini hari ini.

Pada majlis tersebut Jamil mewakili PPDNKK sementara PPM di wakili oleh Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kenteraman Awam (JDNKA) Datuk Azizan Abd Aziz. - UTUSAN ONLINE