Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, kereta jenis Honda CRV yang terbakar itu milik guru yang mengajar di sekolah tersebut.

Menurutnya, sebuah jentera membabitkan lima anggota bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 2.28 petang.

“Pihak bomba masih belum mendapat maklumat mengenai punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE