Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pemilik kedai kira-kira pukul 11 pagi mengatakan premisnya telah dipecah masuk.

“Anggaran jumlah kerugian mangsa adalah kira-kira RM650,000 termasuk barang kemas dan wang tunai,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Video oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL