ROSLI AB RAHMAN
ROSLI AB RAHMAN

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Rosli Ab. Rahman berkata, dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, ibu kandung mangsa berusia 29 tahun dikatakan membuat panggilan kecemasan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) memaklumkan anak lelakinya tidak sedarkan diri di rumah.

Beliau berkata, sebuah ambulan dikejarkan ke rumah mangsa sebelum kanak-kanak lelaki itu dibawa ke HTAA bagi menerima rawatan.

“Ketika di rumahnya, pasukan perubatan cuba membuat rawatan awal dan memberi bantuan pernafasan namun gagal sebelum kanak-kanak itu dibawa ke HTAA.

“Sebaik tiba di HTAA, mangsa disahkan meninggal dunia. Pemeriksaan fizikal dijalankan mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa anggota badan mangsa,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Program Kecemerlangan Kor Kadet Polis Pahang 2018 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE