Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, tindakan suspek menjadikan kanak-kanak itu sebagai tebusan dipercayai angkara dendam terhadap keluarganya.

Rakaman video serta gambar lelaki itu sedang mengacukan objek tajam di leher kanak-kanak tersebut yang dalam keadaan berlumuran darah turut tersebar.

Walau bagaimanapun, kecekapan polis berjaya menyelamatkan nyawa kanak-kanak itu.

Difahamkan pihak polis telah melepaskan enam das tembakan ke arah lelaki tersebut yang dipercayai berjaya membunuh suspek.

Namun, setakat ini masih belum ada pengesahan daripada pihak polis.

Sementara itu, kanak-kanak tersebut yang dalam keadaan berlumuran darah pula telah dihantar ke hospital. - UTUSAN ONLINE