Dalam kejadian pukul 11.40 pagi, suspek berusia 42 tahun ditahan polis setelah cuba melarikan diri menggunakan kenderaannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Gan Tian Kee berkata, hasil maklumat awam, polis terserempak dengan suspek ketika sedang membuka bateri pencawang menara telekomunikasi.

"Hasil siasatan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

"Perbuatan curi oleh kontraktor yang diberikan lesen bagi menjalankan kerja di pencawang-pencawang telekomunikasi ini ibarat 'harapkan pagar, pagar makan padi," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE