Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, serbuan yang bermula pada pukul 4.15 petang hingga 6.50 petang di empat kawasan perumahan itu turut menangkap tiga ahli sindiket iaitu masing-masing di Taman Bukit Serdang, Jinjang Selatan dan Bandar Putra Damai.

“Sebanyak 13 kilogram dadah disyaki ketamin, 2,160 paket minuman disyaki campuran dadah ekstasi dan 12.94 kilogram bahan prekursor enphedrine dirampas dalam operasi di Selangor dan Kuala Lumpur ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kesemua tangkapan direman dibawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi siasatan lanjut di bawah 39B Akta Dadah Berbahaya. - UTUSAN ONLINE

Video oleh NUR NAZLINA NADZARI