Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , Ismail Mohd. Zawawi berkata, dalam operasi yang dijalankan itu seramai 145 warga yang menunggang motosikal dan memandu kereta telah diperiksa.

Ujarnya, kesemua mereka yang ditahan kerana tidak memiliki lesen memandu yang sah.

“Sehubungan itu, kesemua mereka disaman mengikut Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Motosikal dan kereta yang dipandu mereka akan di sita untuk tindakan lanjut, “ katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE