Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, operasi tersebut dijalankan berikutan berakhirnya Program Rehiring yang tamat tengah malam tadi.

“Sebanyak 329 PATI ditahan melibatkan pelbagai kesalahan dalam serbuan di sekitar ibu negara buat masa ini

“Tangkapan tersebut hasil pemeriksaan terhadap 1, 672 orang semasa operasi ini yang bermula tengah malam tadi dan masih lagi sedang berjalan sehingga kini,” katanya pada operasi tersebut di sekitar Lebuh Pudu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE