Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Invois palsu: Pengarah, pembantu 
teknikal PCSB disambung reman

Pengurus PCSB dan bapa mertua bekas eksekutif PCSB dibebaskan dengan jaminan di Putrajaya semalam. 2
Pengurus PCSB dan bapa mertua bekas eksekutif PCSB dibebaskan dengan jaminan di Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA 11 Sept. – Tempoh reman pengarah sebuah syarikat kontraktor dan bekas pembantu teknikal Petronas Carigali Sdn. Bhd. (PCSB) dilanjutkan empat hari lagi bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan invois palsu sebanyak AS$5.56 juta (RM23.65 juta).

Perintah tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini dan berkuat kuasa mulai esok sehingga 15 September ini selepas Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Pada masa yang sama, pengurus PCSB dan bapa mentua bekas pegawai eksekutif PCSB dibebaskan dengan jaminan masing-masing sebanyak RM50,000 dan RM20,000 beserta seorang penjamin selepas SPRM berpuas hati dengan siasatan berhubung kes tersebut.


Bapa mentua bekas pegawai eksekutif PCSB yang berumur 65 tahun itu dibebaskan lebih awal dari tempoh tamat reman pada Khamis ini.

Terdahulu pengarah syarikat, 53, pembantu teknikal, 28; pengurus PCSB, 45, dan bapa mentua bekas pegawai eksekutif PCSB itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini oleh pegawai SPRM kira-kira pukul 10.10 pagi dengan memakai baju lokap SPRM dan tangan bergari.

Pada Selasa lalu, pengarah syarikat yang dilantik untuk me­laksanakan satu projek di Bintulu, Sarawak pada 2015 itu bersama-sama pengurus PCSB dan bekas pembantu teknikal PCSB ditahan SPRM sebelum direman selama enam hari bermula 6 September hingga hari ini.

Bapa mentua kepada bekas pegawai eksekutif PCSB itu pula direman bermula Jumaat lalu bersama menantunya dan suami kepada pengarah syarikat kontraktor terbabit dan tempoh reman kedua-duanya akan berakhir pada Khamis ini.

Menurut sumber, kesemua suspek yang ditahan disyaki terbabit dalam kegiatan mengemukakan tuntutan palsu melalui tiga invois syarikat kontraktor itu antara April hingga Jun 2015 bagi kerja yang sepatutnya dilakukan syarikat berkenaan.

Difahamkan, invois palsu itu dikemukakan bagi kerja-kerja The Provision of Jack-up Dril­ling Rig Cosl Boss for PCSB Drilling Programme yang berjumlah AS$5.56 juta (RM23.65 juta) dan tuntutan itu sudah dibayar oleh PCSB kepada syarikat kontraktor terbabit, namun tiada kerja dilaksanakan bagi tuntutan itu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain