Dalam operasi yang bermula kira-kira pukul 2.45 petang itu, kesemua yang ditahan merupakan mereka yang tidak mempunyai pas perjalanan yang sah, menyalahgunakan pas lawatan sosial, serta tinggal lebih masa.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, dalam operasi berkenaan, pihaknya memeriksa sebanyak 385 warga asing dan mendapati 139 daripadanya melakukan pelbagai kesalahan.

“Kita menyerbu beberapa premis makanan serta perniagaan di dalam dan luar dua pusat membeli-belah di sekitar kawasan ini.

“Operasi ini akan terus berjalan, dan saya nasihatkan semua majikan supaya serahkanlah pekerja asing mereka yang belum didaftarkan sebelum 30 Ogos depan sekiranya tidak mahu diambil tindakan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas operasi tersebut tamat, di sini. - UTUSAN ONLINE