Dalam serbuan Op Noda dijalankan Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor kira-kira pukul 11.35 malam tadi, tiga lelaki tempatan dipercayai pekerja di premis berkenaan turut ditahan.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintenden Norhizam Bahaman berkata, pihaknya turut menemukan dua peket plastik lutsinar dipercayai dadah jenis syabu di dalam satu daripada bilik karaoke premis tersebut.

“Bagaimanapun, kita serahkan bungkusan tersebut kepada Bahagian Narkotik untuk tindakan lanjut di samping menjalankan ujian air kencing terhadap 20 pengunjung yang turut ditahan hari ini.


“Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Kajang untuk disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959 serta Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6 (1) (c) Akta Immigresen 1959/63 dan Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan dan Tempat -tempat Hiburan 1995,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE