Ekoran komen yang dilihat menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah oleh pemilik akaun Facebook menggunakan nama Michael Chiah telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen yang dizahirkan dalam komen di laman sosial.

Malah bagai tidak dapat lagi membendung kemarahan menyaksikan video dua individu yang menunggu di hadapan kedai didakwa milik Micheal Cheah berhampiran Plaza Kuantan di sini.

Video berdurasi 1.37 minit itu menunjukkan pertikaman lidah antara dua individu dan pemilik kedai langsir yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Yang Dipertuan Agong.

Rakaman video menyaksikan individu dipercayai ‘Michael Chiah’ itu membuat pengakuan kesilapan selepas mendapat desakan daripada dua individu berkenaan termasuk untuk ke balai polis. - UTUSAN ONLINE