Kejadian yang berlaku di Taman Machang Bubok di sini kira-kira pukul 2.40 pagi itu melibatkan kediaman seorang guru serta seorang wartawan sebuah akhbar berbahasa Cina yang tinggal berdekatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, kejadian itu mengakibatkan cermin pintu hadapan rumah guru terbabit pecah manakala lantai, motosikal serta dinding rumahnya pula dikotori cat.

Katanya, turut terkena simbahan cat ialah bahagian hadapan rumah serta kenderaan milik wartawan berkenaan.

"Polis turut menjumpai batu serta beberapa plastik cat merah dan kerugian dianggarkan mencecah RM1,000," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE