Video oleh NUR AISYAH MAZALAN

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd. Yusoff Mamat berkata, uniknya pemasangan CCTV tersebut dibuat di atas pokok.

"Dahulu sindiket seperti ini hanya menggunakan khidmat tonto, namun kini mereka juga telah menggunakan teknologi dengan memasang CCTV.

"Taktik ini telah dikesan sejak beberapa tahun lalu. Namun saya ingin ingatkan mereka bahawa kami yang memantau pergerakan mereka dan bukan sebaliknya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu pejabat PPM Wilayah Dua, di sini sebentar tadi.

Sementara itu, Mohd. Yusoff turut memaklumkan kejayaan PPM Wilayah Dua merampas sebuah lori yang mengandungi 129 kotak mengandungi arak pelbagai jenama bernilai RM374,840 yang dibawa masuk secara haram ke negara ini. - UTUSAN ONLINE